(HC) Jerman lwn Uruguay

oleh Hafiz Chan

Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Sinar matahari pagi sudah mulai memancar, memberikan kenikmatan kepada warga kota Kuala Lumpur. Kabus balik bukit, udara segar, juga titisan air hujan yang berbaki semalam. Jalan raya MRR2 kelihatan masih basah, suasana redup dan sejuk sungguh memberikan satu perasaan yang sungguh mengujakan. Sunyi dan damai, bebas dari bunyi ekzos overhauled Mat Rempit. Pasti mereka sedang tidur, ye gua pasti!

“Fatin habis kelas pukul sebelas, nanti Fatin tweet daddy ok” anak gadis gua bersuara. Ewah, sejak ada BlackBerry Bold 9700 lengkap dengan akses internet, bukan main lagi budak ni! Hari ni Fatin ada kelas taekwondo, mula pukul lapan. Sebagai bapa mithali, maka haruslah gua bangun awal menghantar Fatin ke sekolah. Rutin sejak awal tahun. Daddy’s little girl, takpelah! Tapi seperti kebanyakkan bapa-bapa yang lain, gua malas sebenarnya. Mengantuk.

“Daddy tengok bola semalam?” soal Fatin. Haruslah gua tidak menonton. Ye, semalam Piala Dunia ‘merayakan’ perlawanan penentuan tempat ketiga antara Jerman dan Uruguay – walaupun ‘merayakan’ bukanlah perkataan yang tepat untuk menggambarkan consolation game, atau, yang lebih kejam, the losers’ final. Gua syak diorang pun main-main je semalam, tak bersungguh. Alah kalau menang, bukannya dapat masuk final pun, tiada AF Masuk ye. Eh sekejap, lu orang ada layan AF tak?

“Daddy, sebab apa kita tak masuk World Cup?” pergh soalan anak gua. Daddy’s little girl, takpelah! “Sebab zaman dulu-dulu, kita dijajah England, Jepun & Portugal. Tengok, antara tiga negara ni, cuma England yang pernah menang. Tu pun sekali je, menang nasib. Jepun & Portugal, hmm lagilah, final pun tak pernah. Tapi…” gua mengambil nafas sebentar sebelum terus bercerita. “Tapi kalau Jerman jajah kita, konfem kita dapat masuk World Cup. Fatin tahukan Jerman dah tiga kali menang World Cup? Hah, cuba google.” Gua harap anak gua faham dengan jawapan gua. Tapi gua bimbang juga, sebab gua lupa nak tanya tu soalan Bahasa Melayu Penulisan ke? Kalau ye, ada harapan gua kena panggil mengadap cikgu dia. Tapi kerisauan gua menghilang, sebab setahu gua cikgu Fatin cantik. Lepasan siswazah pulak tu!

Tapi seriusli, gua pernah terfikir juga, kalaulah betul-betul kita dijajah Jerman dulu, pergh! Haruslah orang-orang kita lebih memahami ‘guten morgen’ berbanding ‘good morning’ bukan? Manchester United, Liverpool, Chelsea, Arsenal? Agh gua konfem, kita pasti lebih mengenali team dari Bundesliga berbanding English Premier League. Setakat nak pronounce Borussia Moenchengladbach & Piotr Trochowski, tadak hal lah! Satu lagi, dari segi Bini Dan Awek (BDA). Sarah Brandner dan Claudia Schattenberg mungkin akan menyebabkan Coleen McLoughlin Rooney hanya berstatus underdog. Itu belum termasuk hal-hal pencapaian Jerman dalam World Cup lagi tuh! Haih, malulah dengan bekas penjajah – England.

Sempat juga gua bercerita pasal loser yang satu lagi, Uruguay. Gua cakap dekat Fatin, Malaysia dengan Uruguay banyak persamaan. Kalau Uruguay pemenang pertama World Cup bola, Malaysia pulak pemenang pertama World Cup badminton, atau bahasa urbannya Thomas Cup. Bendera pun lebih kurang sama. Belang-belang dan berbintang. “Enjin jet kita, haritu kan hilang. Tapi last-last jumpa kat Uruguay. Sebab tu kita patut support Uruguay dalam World Cup” gua berhujah dengan Fatin. Ye gua tahu, Fatin mungkin terlalu muda untuk mengambil tahu hal-hal dalam negara.

Pukul lapan, gua sampai depan sekolah. Kelas taekwondo belum mula. Fatin segera ke padang, gua nampak dah ramai budak-budak siap dengan baju taekwondo dekat sana. Owh ye, nama je kelas taekwondo, tapi buat dekat padang, bukan dalam kelas. Gua pun berlalu ke kantin sekolah.“Boss lepak dulu” Pak Mat tokey kantin sekolah mengajak gua duduk. Nasib baik ada Pak Mat, ada juga member untuk borak-borak. Kantin sekolah ni moden! Siap ada Astro B.yond dengan skrin TV 42 inci.

Gua order air paling hipps dekat Malaysia, teh-o ais limau. “Sayang masa semi, Thomas Muller kena ban. Dia takde, Mesut Ozil tak berapa nak function sangat. Hah kalau tak, Spain konfem kalah punya” Pak Mat mula mengeluarkan pendapat. Kebetulan TV tengah menayangkan ulangan match pagi tadi. Dan kami terus berbicara, termasuklah mengenai Paul kurita. Haih apalah nasib Paul agaknya ye? Pasti lazat dimasak ala Soljanka untuk hidangan sekeluarga, pergh! Bercakap mengenai Paul, kalau (kalaulah) Malaysia masuk World Cup, haruslah kita mempunyai Paul versi tempatan bukan? Setakat ni yang gua boleh fikirkan, ramalan menggunakan lembu. Lembu ni gua cadang nak kasi dua bekas dedak siap dengan bendera negara terlibat. Atau, satu lagi pilihan, gua cat-kan dua bahagian rumput dengan warna bendera. Lepas tu, tengoklah lembu ni makan rumput yang belah mana. Hah, cara tak? Cuma, disebabkan ini agenda nasional, gua tak berani nak namakan lembu tu lagi. Even our Prime Minister pun minta rakyat namakan kucing beliau, inikan pula gua.

Berbalik kepada ulangan match di TV, gua tengok player Jerman celebrate menang tempat ketiga macam nak-taknak aje. Kalah gaya penggiat MLM berposing di tepi kereta sambil membuat isyarat bagus dengan kedua-dua belah ibu jari!

Dan seperti mana dijanjikan, Fatin tweet gua jam sebelas. “Daddy, kita pergi lunch? Fatin ajak Cikgu Liza sekali ok?” Haih Fatin, memang Daddy’s little girl. Gua syak Fatin nak makcik baru ni, hmmm. Apa nak dibuat, dah nasib badan. Gua plan petang ni gua nak tidur sampai malam. Nanti pagi nak berjaga, nak layan bola, final. Dah sebulan rupanya gua melayan TV dengan bunyi lebah bersenggama. Gua tak kisah sapa menang, sebab bukan Malaysia yang main. Haih, sampai bilalah kita nak layan iklan ‘cucuk Hassan cucuk‘ kan?

VN:F [1.9.2_1090]
Rating: 8.7/10 (11 votes cast)
(HC) Jerman lwn Uruguay, 8.7 out of 10 based on 11 ratings
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. [JSO] Jerman lwn Uruguay oleh Jimadie Shah Othman ~~~ Hanya satu cara bagi mengalahkan kuasa judi bola sepak sedunia... ramalan yang tepat....
  2. Argentina lwn Jerman oleh Ruhayat X ~~~ "Mak, saya nak dijajah oleh Jerman boleh?" Mak saya mengangguk sambil tersenyum dengan penuh kefahaman....
  3. Jepun lwn Paraguay oleh Hafiz Chan ~~~ Padan muka penjajah! Memula England, kali-ni Jepun. Harap-harap Portugal pun sama lepas ni....
  4. England lwn Jerman oleh Noor Azam Shairi ~~~ Sukan memang ada menyumbang kepada keghairahan seks...
  5. Ghana lwn Uruguay oleh Hafiz Hamzah ~~~ Saya bertinggung awalnya di bahagian belakang menghadap skrin sebelum ada suara manja menyapa. ‘Ais krim percuma...

3 Comments

  1. kpragalath
    Posted July 12, 2010 at 5:54 am | #

    Paul versi Malaysia sepatutnya orang utan sbb ia juga maskot Malaysia

  2. John Baptist
    Posted July 12, 2010 at 10:33 am | #

    I propose we use a turtle! ;)

  3. Hafiz Chan
    Posted July 12, 2010 at 1:46 pm | #

    Versi asal bernama Jamal sebagai tanda kredit kepada pencetus idea iaitu IH

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>