Oleh Pipiyapong
Dalam pukul 10 malam, TV rumah gua saiz 21 inci yang abang gua beli hasil duit gaji kerja lombong tahun 1998 dulu yang juga untuk Piala Dunia 1998 yang lalu dah sedia terpasang. Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba akhirnya. 4 tahun gua tunggu. Bukan sikit sikit tahun. Macam-macam boleh jadi dalam 4 tahun tu. Tapi kalau 6 bulan sekali ada Piala Dunia, tak guna juga. Sukan sekolah pun main setahun sekali.
Gua tengok, pemain-pemain Afrika Selatan dan Mexico dah berbaris dengan muka berseri-seri di tengah padang. Masing-masing pakai baju baru, seluar bola baru, stoking baru dan kasut bola pun agaknya baru. Macam hari raya gayanya. Keadaan Stadium Soccer City di Johannesburg nampak ‘havoc’ dengan macam-macam bunyi. Kelibat Sepp Blatter, Presiden FIFA dengan satu pakcik pakai ’spek’ mata hitam tersengih-sengih juga tak ketinggalan muncul di kaca TV. Gua senyum nipis. Stadium kalau ikut mata kasar nampak macam penuh. Tapi bila gua tengok statistik, nak kena ada lagi dalam 10 ribu orang baru penuh. Mungkin perlawanan ini tak ‘heavy’ sangat dia punya pasukan. Di celah-celah ramai orang itu tak perasan pula gua ada budak pusing-pusing bawa bakul jual burger ke tak ada.
Gua tak terus baring di hadapan TV. Gua turun dapur. Buka tudung saji. Bawah tudung saji gua tengok cuma ada teh sejuk petang tadi. Nasi tak ada pasal rumah selang sebuah rumah gua ada buat kenduri kahwin. Jadi keluarga gua semua pergi makan nasi di sana. Yang nak menikah tu bukan gua tak kenal. Kawan gua satu darjah masa sekolah rendah juga. Masa sekolah rendah dulu, kawan gua yang nak menikah tu memang berbakat dalam bidang main bola. Kalau tak silap gua, dia pernah main bola wakil pasukan Pahang B bawah 12 tahun. Pahang bawah 12 tahun zaman gua dulu seingat gua boleh kata pasukan yang handal. Antara yang ‘top’ dan main lagi sampai sekarang adalah Fadzli Shaari. Tapi dia bawa bola jauh dari kaki. Yang lain-lain mungkin lebih minat buat kerja lain seperti jual insurans, kerja kilang getah, kerja ‘gomen’ dan macam-macam lagi. Kawan gua yang nak menikah tu akhir sekali yang gua tahu kerja lombong. Sebelum itu kerja jaga kedai snuker. Cabaran pemain bola ini memang berliku agaknya.
Berbalik kepada hal Afrika Selatan lawan Mexico, gua sebenarnya tak tahu nak sokong pasukan mana satu. Afrika Selatan gua cuma kenal dua tiga orang. Itu pun muka-muka yang main Liga Inggeris iaitu liga paling ‘hit’ di Malaysia sampai Liga Malaysia sendiri pun tak boleh cari makan. Pasukan Mexico pula ramai pemain-pemain yang ‘top’ macam Marquez yang main dengan Barcelona, Franco, Blanco, Dos Santos dan ramai lagi termasuk Carlos Vela yang main dengan satu pasukan paling handal di dunia iaitu Arsenal. Jadi setelah gua fikir masak-masak, gua tak pilih pasukan mana-mana. Gua cuma harap main sedap. Hantar bola cun. Percubaan bertalu-talu. Permainan laju. Gol bergaya dan kamera tunjuk makwe seksi.
Gua ambik kusyen. Gua susun kasi ‘double’. Kemudian gua baring depan TV. Jarak gua dengan TV rasanya dalam 5 kaki. Ini satu jarak yang gua rasa relevan dengan kebolehan mata gua dan tahap besar TV.
***
Ok. Gua mengaku gua nyaris tertidur masa perlawanan pembukaan ini. Bukan gua seorang jadi macam tu. Abah gua, adik gua, abang gua, kawan gua, semua jadi barai. Lauk kenduri mungkin salah satu faktor. Jadi gua kasi 2 bintang setengah untuk perlawanan ini.
Afrika Selatan lwn Mexico,Related posts:
- Afrika Selatan lwn Perancis oleh Radzi Tajuddin ~~~ Sudah tiba masanya untuk kita jujur keadaan perpaduan di negara kita hanyalah seperti ‘salad bowl’ bukannya...
- Mexico lwn Uruguay oleh Zulhabri Supian ~~~ Di Malaysia aneh sekali, penduduknya seperti berada di tanah jajahan kolonial British...
- Greece lwn Korea Selatan oleh Radzi Tajuddin ~~~ SIRI SEMBANG EKONOMI DALAM BOLA SEPAK- versi Greece dan Korea Selatan (2.0)...
- France vs Mexico by Kubhaer T. Jethwani ~~~ There is serious tension in the relations between dairy and my stomach but when one...
- Korea Selatan lwn Uruguay oleh Syafiq Sunny ~~~ Pemilihan tembikai adalah simbolik kepada semangat kenegeraan...
6 Comments
barai la lu punye review..haha..
barai lagik game second..
uru vs france..
apapun gambar lu amek ni mmg smart dowh.
Best lah lu mia review.
Gua baca pun geli hati.
Gua rekomen kasi gua mia kawan tengok.
Trima kasih.
“termasuk Carlos Vela yang main dengan satu pasukan paling handal di dunia iaitu Arsenal.”…
terbaik arr pipi
Gua rase nak bakar jer rambut tsabalala tu…
One Trackback
[...] his/her experiences. It may have absolutely NOTHING to do with the game itself (like in the case of Pipiyapong), which makes this project so, so [...]