Amerika Syarikat lwn Ghana

oleh Ruhayat X

-01:00
Ada orang yang pandai pernah menyatakan bahawa bolasepak adalah penyelamat dunia.

-00:55
Sebabnya. Ramai lelaki muda dan dewasa sekeliling dunia kini taksub dengan bola. Berpusu-pusu ke stadium tiap minggu untuk bersorak-sorai menyokong tim fevret mereka sambil mengeji tim lawan. Semua energi tu dulunya akan dilepaskan dalam bentuk peperangan antara suku. Jadi setiap perlawanan bolasepak sebenarnya adalah representasi peperangan antara suku. Tapi sebab ada outlet yang lebih aman, maka dunia – Eropah khususnya -– dah lama tak ada konflik serius. Begitu kata mamat yang pandai tu. Oleh itu, Puak Bersekutu patut cepat-cepat bina lebih banyak stadium bola di Afghanistan dan Irak.

-00:45
Ergo, apa yang akan kita saksikan sebentar lagi adalah peperangan antara negara Amerika Syarikat dan Ghana. Mari kita sokong Ghana, mari.

-00:40
Ini salah satu sebab aku semakin suka dengan bola, walaupun aku dilahirkan kaki bangku. Sebab, seperti juga depan Kaabah, padang bolasepak adalah suatu arena yang sangat demokratik. Di sini – tak seperti dalam sesuatu peperangan moden – semua orang sama rata. Advantej teknologi sangat terhad. Melainkan saintis Amerika Syarikat nanti mencipta kasut bionik, di padang bola, bila bertemu dengan lawan Dunia Ketiga macam Ghana pun, negara hebat macam Amerika pun tak punya keistimewaan selain yang ada pada kederat individu.

00:00
Jersi jiwa bangsa. Uniform bukanlah suatu forma pakaian, sebenarnya. Seperti bendera dan lain-lain simbol kenegaraan, ia adalah sesuatu yang dicipta khusus untuk menonjolkan imej tertentu tentang negara yang memakainya. Jadi dari jersi pasukan bolasepak sesebuah negara tu kita boleh membaca apa persepsi negara itu tentang diri mereka. Dan apa yang mereka mahu dunia menanggapi mereka. Amerika pakai serba putih. Bukanlah suatu pilihan yang praktikal untuk suatu aktiviti yang menyaksikan manusia bergelumang dengan rumput dan tanah. Jadi apa persepsi yang mereka harapkan? Suci dan inosen. Ye lah tu. Rasa bersalah Katolik yang tak habis-habis dengan bebanan orang putih mereka. Ceh. Aku tak perlu diselamatkanlah, siol!

03:00
Ghana pakai jersi merah kuning. Mungkin pereka fesyen mereka dulu berasal dari Selangor. Memedihkan mata, dan sangat Dunia Ketiga, girlfren. Tapi sekurang-kurangnya jersi mereka matching dengan kasut dan stokin. Pemain Amerika pakai jersi serba putih, tapi player mereka ada yang pakai kasut kaler kuning. Hello. Tak ada fashion sense langsung Amerika ni. Sebab tu aku sangat resist dijajah oleh Amerika Syarikat. Kolonialis yang tak ada stail takkan dapat menawan hati aku.

05:00
Pasukan Bersatu Ghana membenamkan tentera Amerika Syarikat dengan suatu tikaman lembing yang sangat tepat ke dada. Seluruh dunia bersorak. Zulu, Zulu!

13:00
Ooo. Bekas presiden Amerika, Bill Clinton, ada dalam stadium sebagai penonton. Dia nampak macam dulu jugak lagi. Cuma tak ada curut pada tangan dia. Mungkin lepas kes Monica tu dia give up hisap curut kut.

15:00
Tiba-tiba aku tersedar yang aku tak suka font yang digunakan untuk nama pemain di belakang jersi Amerika Syarikat. Font tu kurus dan keding. Tak melambangkan kekuatan langsung. Mungkin sebab Amerika bukan tim besar dalam arena bolasepak dunia, maka mereka kurang kepercayaan diri. Yeh. Ini bukan Amerika yang kita biasa lihat dalam siri “24″.

40:00
Malaysia tak akan boleh masuk Piala Dunia selagi pemain kita kecik-kecik belaka. Tengok macam player tough-tough macam Amerika ni pun, bila sampai atas padang tiba-tiba saja jadi lembik macam bapuk terperangkap dalam hujan. Sikit-sikit jatuh tergolek-golek. Sikit-sikit jatuh tergolek-golek. Macam player Jepun jugak. Kalaulah aku yang gubal undang-undang bolasepak, mana-mana player yang suka jatuh menipu ni aku suruh sula on the spot aje.

45:00
Separuh masa. Amerika masih tewas. Yeh. Go guerillas!

46:00
Okay, start balik. Eh. Amerika ada pemain nigro. Agak-agak, dia ni dulu keturunan asal dari Ghana ke. Kalau ye, agak-agak dia ada rasa bersalah ke sebab melawan keturunan sendiri. Nasib baik dia duduk Amerika. Kalau Melayu dah kena sumpah jadi batu kalau buat macam tu.

55:00
Kalaulah diorang tak bayar aku lima ribu ringgit untuk tulis artikel ni, dah lama dah aku balik rumah tidur. Boring jugak game ni.

60:00
Ketumbukan Amerika Syarikat menyelinap masuk ke istana Ghana dengan cara bapuk. Jatuh tergolek-golek, dapat penalti. Ha ha ha. Nyata sekali, tanpa teknologi canggih mereka, Amerika Syarikat yang angkuh tu terpaksa guna tipu muslihat untuk mengganyang musuh. Ini adalah suatu revelasi yang sangat membahagiakan. Terutama kalau kamu gerila Irak.

88:00
Hah. Ghana ada player nama Inokom? Kesiannya dia. Kenapa bapak dia bagi dia nama lori?

89:00
Owh. Nama dia Inkoom. But still. Hardly an improvement, ey.

93:05
Alamak. Seri pulak. Cibai. Perang ditambah 30 minit lagi. Hujan mula renyai-renyai. Cibai.

Masa Tambahan
Substitution. Mamat Altidore yang asyik tergolek-golek tu – sama naik je dengan si Donovan – kena ganti. Gi al-tidur lah, Altidore wey. Main macam bapuk. Aku rasa macam nak cungkil mata dia keluar dan kasi makan kucing kat bawah meja ni hah.

Oit. Gol! Ghana score. Yes. Dunia Ketiga menang. Kolonialis sudah tumbang. Malam ini kita boleh tidur dengan nyenyak. Harap-harap lepas ini England pun akan kecundang, biar padan dengan dunia anglofil yang berani cuba nak impose hegemoni ke atas kita-kita ni.

END

VN:F [1.9.2_1090]
Rating: 8.9/10 (27 votes cast)
Amerika Syarikat lwn Ghana, 8.9 out of 10 based on 27 ratings
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Argentina lwn Jerman oleh Ruhayat X ~~~ "Mak, saya nak dijajah oleh Jerman boleh?" Mak saya mengangguk sambil tersenyum dengan penuh kefahaman....
  2. Ghana lwn Uruguay oleh Hafiz Hamzah ~~~ Saya bertinggung awalnya di bahagian belakang menghadap skrin sebelum ada suara manja menyapa. ‘Ais krim percuma...
  3. Belanda lwn Cameroon oleh Zulhabri Supian ~~~ Kita di Malaysia yang menyokong Inggeris dengan rasa patriotik tinggi mengalahkan patriotisme terhadap negara sendiri dan...
  4. Germany vs Ghana by Amir Hafizi ~ I had walked to Leeyas Corner just to watch the game, without realising that by the...
  5. Netherlands lwn Denmark oleh Radzi Tajuddin ~~~ Kalau sistem demokrasi di Malaysia adalah paling demokratik di dunia, tetapi yang di atasnya adalah Ibrahim...

7 Comments

  1. SH Poh
    Posted June 27, 2010 at 10:27 am | #

    Kalau Melayu dah kena sumpah jadi batu kalau buat macam tu, kalo Cina dari Malaysia main bebola USA, biarlah…

  2. SH Poh
    Posted June 27, 2010 at 10:28 am | #

    kah kah kah

  3. Posted June 27, 2010 at 10:45 am | #

    Mujurlah Ghana masuk Quarter. Pemain paling cantik dlam Piala Dunia ada dalam tu. Nama dia Ayu. Aku nak nombor phone.

  4. Shirley Heng
    Posted June 28, 2010 at 12:57 am | #

    Funniest one so far. Like!

  5. David Bauckham
    Posted June 29, 2010 at 5:22 pm | #

    Sadly I couldn’t read it but I’m sure it is hilarious! Anyway since I was already there I browsed the site and found this: http://mataharibooks.com/gol/kam/england-vs-germany/ How true. I could really identify with the writer’s feelings. My first England World Cup was Mexico 1970 (aged 10) and I remember being heartbroken when the world champions (yes, we were once, in 1966, as we never stop reminding ourselves) threw away a two goal lead to, inevitably, West Germany. Since then I’ve grown immune to successive failures. Quite simply, English football isn’t very good but it was no less embarrassing on Sunday.

  6. Ruhayat
    Posted July 3, 2010 at 12:22 am | #

    HTF do you get 9.3 stars?

  7. Posted July 8, 2010 at 8:48 pm | #

    funny
    and saya suka cara pembentangan menggunakan masa minit perlawanan
    and saya pun suka perkataan Cibai yang digunakan.
    hahaha

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>