Argentina lwn Jerman

oleh Ruhayat X

-01:00

Setelah berjaya meranapkan empayar Rom — sekaligus Peradaban seperti yang kita kenali (read: kalau “kita” itu ialah bangsa Eropah, maksudnya; orang lain dalam dunia pun dah gila lama ada peradaban sebelum tu, we just didn’t make a big deal out of it) – suku-suku barbar Jerman kini kembali untuk cuba mendominasi dunia sekali lagi.

-00:45

Ye. Macam biskut coklat Tora suku barbar teutonik ni: they keep coming back. Cuma bezanya tak ada mainan plastik dalam pakej mereka, sebab mereka tak dikurniakan Tuhan a sense of humour. Khabarnya. Kalau ada mainanpun, it will be some kind of philosophical puzzle yang akan memerlukan 200 tahun dan algoritma matematik membabitkan teori kaos untuk diselesaikan. Sangat tak fun untuk kanak-kanak tadika yang hanya mahu menikmati coklat celup-celup.

-00:30

Disebabkan aku memang obses dengan semua benda teutonik sejak dari sekolah menengah lagi, maka akupun dengan muka yang lebih tak malu dari biasa merekues Danny Lim bagi aku cover match ni. Editor hensem yang mungkin telah tercium niat gelap aku itu terus saja setuju tanpa banyak bicara. Brotherhood solidarity sesama lelaki effin rules. Yeh.

-00:15

Ye, tujuan aku cover match ni tak lain tak bukan ialah: aku sangat suka awek Jerman.

-00:10

Kalau benar Tuhan mahu aku berkahwin dan membanyakkan umat Muslim (yang berdarah campuran pulak tu, sekaligus menambah-baik kolam gen kita bersama), maka tentu saja Dia akan menjadikan banyak gila awek-awek Jerman (oke, atau separa-Jerman) yang hot-hot mahu membaca ulasan aku ni. Awek-awek Jerman (atau separa-Jerman) hot yang ada sense of humour dan tahu baca Melayu, that goes without saying.

00:00

And we’re off. Nombor henfon aku ialah 017 245 6688. Awek-awek Jerman (atau separa sekalipun), sila esemes aku sekarang sebelum aku jadi rebutan by the time ulasan ni tamat.

03:00

1-0! Seperti yang aku agak, Jerman score dengan sangat stailo sekali, mengingatkan kita kepada dua daripada gol mereka melawan Das Englander hari tu. Inilah penjajah pilihan aku. “Mak, saya nak dijajah oleh Jerman boleh?” Mak saya mengangguk sambil tersenyum dengan penuh kefahaman.

03:40

Gol pertama Jerman mengingatkan aku kepada Mia, awek Jerman penpal aku selama 10 tahun. Iaitu suatu memori yang sangat membahagiakan tapi pada masa yang sama, dan entah kenapa, melankolik. Sayu dalam hepines.

04:00

Dulu aku ada bukan satu, tapi dua penpal Jerman. Aku pernah ada penpal dari USA dan Jepun juga, tapi mereka tak pernah bertahan lama. Betul, awek Jerman lebih engaging.

05:00

Woh. Tim sejitu mekanisme jam ni membuktikan sepatutnya memang Jerman yang menang Perang Dunia Pertama dan Kedua dulu. Aku berasa, dunia akan lebih tersusun dan mantap kalau diperintah oleh hegemoni sauerkraut yang sangat precise ukurlilit dan beratnya tu daripada sosej soggy yang dibuat ikut sukatan caca-merba.

20:00

Hari tu tim Jerman yang muda bergaya ni berjaya memperkotak-katikkan rakyat kepulauan British lagi untuk kali ke entah berapa dalam tempoh masa seribu tahun. Yet another proof yang British dulu menjadi tauke dunia only by an accident of history. Kali ini aku predik mereka akan buat komuniti bekas Nazi yang lari beramai-ramai ke Argentina dulu tu tiba-tiba mahu bangkit memberontak and stake their claim as the rightful masters of negara Amerika Latin tu. Glory glory das Fatherlander!

35:00

Kenapa aku kagum dengan Jerman? Kenapa tidak.

40:00

Jerman waktu era perang sesama suku Eropah yang mereka gelarkan Perang Dunia Kedua dulupun sudah mendahului dunia sejauh 50 tahun. Tengok saja helmet askar mereka: 55 tahun selepas Hitler memercik otaknya ke dinding baru genius rekaan itu diiktiraf selepas ditiru bulat-bulat oleh US Army.

45:00

Half-time. Memang betul kedua-dua Perang Dunia dulu tu bukannya perang satu dunia sebenarnya. Sekadar perang antara negara Eropah yang berebut tanah. Macam kat Perak hari tu lah.

46:00

Here we go. Masih tak ada esemes tiba ke henfon aku. Tapi tak apa, masih ada 45 minit lagi. Itupun belum ditokok masa tambahan. Harapan adalah penyebab utama kesengsaraan dalam dunia. Tapi awek Jerman punya pasal, hope adalah salvasi aku untuk kali ni.

50:00

Teori aku ialah kejayaan tim Jerman yang sangat membinasakan kali ni ialah atas dua sebab. Pertama, sebab Ballack tak boleh main, jadi tim ini betul-betul bermain sebagai satu tim, bukan pasukan negara yang bergantung pada satu star player – uhuk! macam Argentina.

51:00

Sebab kedua mereka sangat berjaya ialah berkat doa aku.

68:00

Doa aku dimakbulkan lagi! 2-0 Jerman. Alex, awek gothik pujaanku, sedang menari di atas mejakah kamu di saat ini.

67:00

Alex, of course, adalah penpal Jerman aku yang lagi satu. Sangat berbeza karekternya daripada Mia. Di mana Mia adalah gadis sopan sebelah rumah, Alex adalah awek liar yang kalau dia duduk di Malaysia akan dikategorikan sebagai minah rempit. Masa aku Form Four dia hantar gambar pertamanya pada aku: memakai hot pants sambil sedut bong. Di balik sana galaksi makhluk berdarah merkuri terpegun mendengar echo dari letusan minda aku.

70:00

Ada dua jenis awek Jerman: Mia di selatan yang stereotaip dalam kejermanannya, sekaligus diangkat Hitler sebagai prototaip bangsa Aryannya – bermata biru dan berambut perang. Dan Alex di Frankfurt yang lebih barbarik dalam tarikannya – dengan rambut dan mata gelap serta physical build yang lebih sasa, mereka seperti mentadak betina yang mampu mencabut kepala kamu even while you make love to them.

Awesomeness.

74:00

3-0. This is better than sex. Especially if it’s been a while since you had any. Malangnya, henfon aku masih menyepi.

85:00

Diego Maradona menundukkan kepala dan menangis teresak-esak. Mungkin dia takut nak turun kapal terbang di Buenos Aries nanti, kut-kut ada peminat bawak pistol menunggu. Lebih baik divert ke Rio, Diego – awek-awek di sana pun lebih jelita.

88:00

Gol keempat sekaligus membuktikan mungkin ilmu fung shui ada juga kebenarannya. Double 8 terbukti membawa berita gembira. Oh, tapi… 4-0. Akal aku tak tercapai memikirkan maksudnya. Double happiness dalam kematian? Kematian yang membawakan double happiness? Mungkin patut aku simpan nombor kontak Joey Yap hari tu.

91:00

Cuma satu minit masa tambahan! Ini sangat menyukakan hati aku sebab ini bermakna game ni agak bersih dan tak de bapuk-bapuk pakai stileto yang asyik-asyik terkehel kaki. Jerman menang. Ini bermakna aku masih ada peluang untuk merebut hati awek Jerman dalam ulasan seterusnya nanti. Ameeen.

VN:F [1.9.2_1090]
Rating: 8.8/10 (26 votes cast)
Argentina lwn Jerman, 8.8 out of 10 based on 26 ratings
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. (HC) Jerman lwn Uruguay oleh Hafiz Chan ~~~ "Enjin jet kita, haritu kan hilang. Tapi last-last jumpa kat Uruguay. Sebab tu kita patut support...
  2. [JSO] Jerman lwn Uruguay oleh Jimadie Shah Othman ~~~ Hanya satu cara bagi mengalahkan kuasa judi bola sepak sedunia... ramalan yang tepat....
  3. England lwn Jerman oleh Noor Azam Shairi ~~~ Sukan memang ada menyumbang kepada keghairahan seks...
  4. Argentina v Germany by Hwa Yue-Yi ~~~ Eavesdropping tak jadi because my pantai barat ears fail to decipher some of the [Kelantanese] pelat...
  5. Amerika Syarikat lwn Ghana oleh Ruhayat X ~~~ Kolonialis yang tak ada stail takkan dapat menawan hati aku...

One Comment

  1. Posted December 9, 2010 at 9:57 pm | #

    awek jerman ftw….

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *

*
*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>